Wednesday, April 24, 2013

Jom shopping stok baru batik!

Assalamualaikum semua...
 
Hari ni zura upload lagi stok baru batik sutera untuk tatapan anda. Semuanya yang terbaru dan terkini di pasaran. Harga macam biasa masih tetap ada diskaun. Pada yang nak request letak diamond perlu tambah RM30 sahaja ya.

Sila klik ---> KOLEKSI TERBARU APRIL 2013 

Monday, April 15, 2013

Pstttt!

Assalamualaikum semua! Apa khabar?

Wahhhh, lamanya tak update dan berceloteh di blog ni. Macam-macam benda kena buat. Rasanya bulan ini paling sibuk sikit. Tambahan pula ada pelanggan yang minta buat tempahan tampalan batu pada kain jadi sekarang ni dah tak larat nak ambil tempahan lagi.
 
Melayan pelanggan2 pada bulan ni sungguh mencabar mental huhuhu. Macam2 ragam you! Ada yang senang tu senanglah. Simple je. Sms Tanya kod ada lagi ke tak? Kalau ada terus bagi diskaun dan terus order dan bagi no akaun semua. Senang. Sangat bagus tahap A+++ kalau dapat pelanggan macam ni tau!
 
Tapi time dapat pelanggan yang cerewet tahap gaban pon ado! sms bukan main bertalu-talu, yang cancel tak usah cakap lah hehe tapi yang dah bank in pun masih lagi Tanya 2-3 kali bila nak diposkan kainnya. Ya, saya tahu anda mesti bimbang kan? TETAPI, ingin zura tegaskan di sini KEPERCAYAAN ANDA ADALAH SEGALA2NYA...
 
Apapun, ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua pelanggan2 sekalian kerana sentiasa memberi sokongan dengan bershopping di sini mahupun di facebook. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan memperbaiki kekurangan yang ada.
 
semoga berjumpa lagi!

Tuesday, April 2, 2013

Jom terjah KOLEKSI APRIL 2013!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih dapat bekerja dan memenuhi permintaan pelanggan2 semua. Sokongan anda amat-amatlah dihargai...
 
Saya dah masukkan stok baru untuk bulan April 2013, so anda semua boleh KLIK kat tepi sebelah kiri tu ya, KLIK -> KOLEKSI APRIL 2013 dan anda boleh melihat corak terkini batik sutera. Sebarang pertanyaan boleh call @ sms zura di nombor 017-9842138. Harga insyaAllah boleh dikurangkan lagi.
 
Okay setakat ini dulu celoteh saya, jangan tunggu lagi jom order selai dua untuk mak, mak mertua, kakak, adik dan lain-lain hehe...