Thursday, September 26, 2013

Big Sale esok!

Assalamualaikum semua...!
 
Haa ada berita baik ni nak bagitahu. Esok 27 September 2013 akan saya adakan BIG SALES batik untuk stok yang lama dalam simpanan. Kiranya macam jualan penghabisan stok la. Harga sangat2 murah dan sangat2 berpatutan. Tapi untuk kos poslaju dikenakan ya iaitu Kos Pos Laju RM6 (Sem.Msia) dan RM8 (Sabah & S'wak).
 
Untuk yang ada batu/permata dekat kedua2 belah tangan dan hadapan baju harga sale yang ditawarkan ialah RM280 sahaja, harga pasaran RM330 ke atas. Sangat2 berpatutan dengan kualiti dan susunan batu yang cermat dan teliti.
 
Jadi, jangan tunggu lagi jom kita shopping sekarang!
 
 

Saturday, September 21, 2013

Terima kasih, Allah!

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

alhamdullilah, sambutan untuk stok baru semalam sangat2 membakar semangat diri ini untuk lebih kuat berusaha dan terus Berjaya ke hadapan. TERIMA KASIH kepada semua pelanggan2 lama dan baru. saya amat2 menghargai sokongan anda terhadap Batik Sutera Cantik

kepada yang belum melihat koleksi terbaru kami, bolehlah klik ke album EID UL ADHA 2013 ya. sambil2 cuci mata tu bolehlah order sehelai dua. harga pasti ada diskaun.

terima kasih.

Wahai Tuhanku, bukakanlah hikmah kepadaku, bentangkanlah rahmatMu kepadaku dan ingatkan aku terhadap apa yang aku lupakan, wahat Zat yang memiliki kebesaran
dan kemuliaan.
 

Thursday, September 19, 2013

Stok baru Raya Haji dah masuk!

Assalamualaikum semua...!
 
Ok buat pengetahuan semua pelanggan, zura dah masukkan stok baru untuk Eid Ul Adha kat blog ni ya. Sila klik page EID UL ADHA 2013 untuk melihat stok baru dan boleh order ya. Ada sedikit lagi stok tapi sedang diedit. Untuk sebarang pertanyaan boleh sms @ whatsapp zura ok 017-984 2138.
 
Terima kasih.
 
 

Wednesday, September 18, 2013

Mari beli batik hehe

Salam sejahtera semua...
 
Stok baru masih dalam proses ya kawan2 semua. Apapun stok yang sedia masih banyak dan cantik2 untuk dipilih. Pelbagai warna dan corak tersedia. Bayaran ansuran sebanyak 2 kali dibenarkan tapi dengan deposit sebanyak RM50 sahaja. Kain anda akan saya simpan sehingga bayaran baki dibuat. Dan kain akan di pos apabila bayaran penuh selesai di buat.
 
Terima kasih.
 
 
 

Doaku

Ya Allah, I hope today;

Ya Allah,
Muliakanlah yang membaca pesan ini,
Lapangkanlah hatinya,
Bahagiakanlah keluarganya, dan
Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan,
Mudahkan segala urusannya,
Kabulkan cita-citanya,
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka,
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar,
Jauhkan dari segala Musibah,
Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU. Amin.

Monday, September 16, 2013

Hari Malaysia

Selamat hari malaysia ke 50.

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain
 (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni).
 
 Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rizki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Maha kaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat.
 (QS. Al-Baqarah (2): 261)

Friday, September 13, 2013

Shop Today

Salam sejahtera!
 
Macam biasa semua ready stok ya, so don't worry. Siap bank in terus poslaju.
Nyatakan kod mana yang anda berkenan boleh segera sms.
 
Happy shopping!
 
(Gambar di bawah semua dalam Koleksi Ogos 2013,
so untuk harga boleh klik di link sebelah kanan anda ok)
 
 

Wednesday, September 11, 2013

Selamat petang!


Exclusive diamond

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Berminat dengan item2 di bawah? RM330 sepasang, lepas diskaun RM300. Sebabnya yang ini ada diamond di bahagian hadapan baju dan kedua2 lengan. Sebab itu mahal. Free poslaju lagi. Sangat berbaloi-baloi dengan kualiti dan diamond yang sarat dan tersusun rapi. Belum cuba belum tahu. Dah cuba insyaAllah puas hati ;)
 
Sekiranya nak buat pesanan bolehlah sms @ whatsapp zura ya
017-9842138
 
Terima kasih!
 


Jom zikir

Selamat istirehat semua...
 

Tuesday, September 10, 2013

Usaha keras hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
 
Syukur alhamdullilah masih dapat meneruskan tugas-tugas seharian dengan baik hari ini. Terima Kasih Allah!
 
Ramai yang Tanya ada lagi ke stok baru yang akan muncul? Hehehe insyaAllah ada tapi mungkin lambat lagi nak masukkan stok. Sebabnya nak habiskan stok yang sedia ada dulu. Banyak lagi yang cantik-cantik tu.
 
Oh ya ingin saya tekankan di sini bahawa kain akan dipos bila bayaran penuh dibuat. Sebab semalam ada yang sms Tanya kalau bayar RM150 boleh dapat kain minggu ini ke? Maaflah cik/puan, saya akan poslaju kain kalau bayaran penuh diterima sahaja. Harap pelanggan-pelanggan semua FAHAM syarat ini dibuat untuk mengelakkan terjadinya kes penipuan di kalangan 'customer'. Bayar separuh, dapat kain terus lesap dan bakinya tertunggak macam itu saja.
 
Apapun, semua pelanggan-pelanggan saya baik-baik belaka dan bertimbang-rasa semuanya. Seronok dapat kenal kalian! Setakat ini pelanggan-pelanggan saya semua baik hati dan boleh bertolak-ansur. Mudah kerja kita kan. Hehehe ;)
 
 

Sunday, September 8, 2013

Kesyukuran

Assalamualaikum semua...
 
Pergi mana hari ini? Mesti keluar window shopping dengan keluarga kan? Yalah sekali-sekala ambil angin dekat luar dengan anak-anak dan suami mesti seronok. Saya pun hari ini keluar juga ke JUSCO sekejap bawa anak-anak bersama suami.
 
Alhamdullilah, hari minggu macam ini pun dapat banyak mesej di telefon juga fb bertanyakan batik sutera yang masih ada. Terima kasih semua. Kebanyakkannya pelanggan-pelanggan yang baru belum pernah membeli di sini. Pelanggan setia pun apa kurangnya. Ada saja yang ingin cari batik untuk dibuat buah tangan sebagai hadiah kepada ibu sendiri @ ibu mertua masing-masing. Untuk bakal-bakal Raja Sehari pun ada yang ingin menjadikan batik sutera sebagai salah satu hantaran mereka. Alhamdullilah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mempromosikan Batik Sutera Cantik!
 
Walaupun harga minyak naik, tetapi sambutan peminat-peminat tetap tidak berkurangan. Harga batik memang sentiasa akan naik dari tahun ke tahun tetapi zura cuba bagi harga yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. Diskaun yang istimewa tetap ada. Jadi jangan risau. Harga yang mahal amat-amat berpatutan dengan kualiti kain dan susunan permata yang rapi dan cantik. Siapa yang pernah membelinya pasti tidak akan menyesal percayalah!
 
Oklah, sekian dulu untuk hari ini. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh sms segera zura ya 017-9842138. Ampun maaf dipinta sekiranya terdapat kesilapan.
 
Bye,
Baizura Yusoff

 

Wednesday, September 4, 2013