Tuesday, August 19, 2014

Selamat pagi!

MENCARI KEBERKATAN ADALAH KEWAJIPAN

Keberkatan dalam urus niaga.

MUSlim yang berniaga hendaklah meletakkan dalam diri bahawa objektif perniagaan yang diusahakan itu adalah untuk menjadikan hidupnya, keluarga dan umat islam mulia. Ini dapat dilakukan dengan mengeluarkan zakat untuk membantu meringankan kesusahan umat Islam dan menyediakan peluang pekerjaan pada mereka.
Keberkatan dalam perniagaan diperoleh bila adanya kejujuran dan mengutamakan hak-hak ALLAH SWT.

Ingatlah selalu firman-Nya dalam surah al-Nur ayat ke-37 yang bermaksud:
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual-beli daripada menyebut serta mengingati ALLAH, dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Menurut para ulama tafsir contohnya Ibn Kathir dalam tafsirnya, golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para peniaga yang sentiasa menjaga amal ibadah mereka.

oleh Dr. Zahazan Mohamed.

Saturday, August 9, 2014

Berita baik!


Salam Syawal...

Berita baik untuk peminat batik! Batik Sutera Cantik kini mengadakan Batik Clearance Sale sempena Aidilfitri 2014 ini. Jadi anda semua boleh klik pada page di sebelah kanan anda yang bertajuk Batik CLEARANCE Sale ok.

Maaf zahir batin.

Monday, August 4, 2014

Jom dapatkan stok baru batik di sini!

Assalamualaikum...
 
Alhamdullilah, zura dah masukkan stok baru yang pertama selepas raya untuk bulan OGOS 2014. Di facebook pun sama, so anda semua boleh pilih kat sini atau kat fb ya. Macam biasa boleh inbox kat fb atau sms/wasap terus di nombor 017-9842138 untuk pesanan anda.

Harga serendah RM200 ke atas. Memang terbaik!!!