Wednesday, October 23, 2013

Terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan2 yang sudi shopping di sini. Begitu juga dengan pelanggan2 dari Brunei dan Singapura yang memborong kain batik sutera. Ribuan terima kasih diucapkan. Saya akan cuba memperbaiki servis perkhidmatan dengan lebih baik lagi agar semua pelanggan2 yang setia berpuas hati dengan kualiti serta harga yang diberi.
 
Sebarang cadangan atau kemusykilan boleh segera wasap @ sms saya 017-984 2138. Nak email pun boleh juga: baizura881@gmail.com.
 
Sekian, terima kasih.
 
Selawat Dimurahkan Rezeki - UNIC

Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad
Sola tan tuwas siu biha alaynal arzaq
Watuhassinu biha lanal agh lak
Waala a lihi wasahbihi wabarik wasallim
 
Ya Allah rahmati penghulu kami Nabi Muhammad
Dengan berkatnya Engkau luaskanlah rezeki kami
Dan dengan berkatnya muliakanlah akhlak kami
Dan juga rahmati keluarga dan para sahabatnya

Saturday, October 19, 2013

Tudung HALFMoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
Selamat hari minggu! Hari ini zura upload beberapa helai tudung halfmoon yang diberi nama SAFIA. Trend tudung terkini untuk pelbagai peringkat umur. Yang penting menutup dada. Kualiti kain amat bagus dan harganya berpatutan iaitu RM25 sehelai tidak termasuk pos laju ya.
 
Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawah tajuk Tudung HALFMOON SAFIA.
 
Terima kasih ;)

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua...
 
Di kesempatan ini, Saya nak ucapkan selamat hari raya qurban buat semua.... :)
 
Untuk stok selepas raya haji ini, tuan/puan/cik boleh klik pada tajuk New Collection di sebelah kanan anda ok. Dan juga kepada yang mencari batik murah2 boleh klik pada tajuk Clearance sales 2013. Anda boleh dapatkan batik sutera dengan harga borong dengan pembelian minimum 10 pasang ke atas tidak termasuk caj poslaju.
 
SILA whatsapp @ sms zura 017-984 2138 untuk pertanyaan & pembelian.
 
DIJAMIN PUAS HATI! KUALITI TERBAIK.
 
Terima kasih.

Thursday, October 10, 2013

Update stok ~ New Ed Ul Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... !
 
Buat pengetahuan semua sebanyak 33 pasang stok tambahan untuk AidilAdha zura dah masukkan ya, jadi pelanggan2 semua boleh klik di sebelah kanan bahagian PAGES iaitu New ~ Ed Ul Adha 2013. Mana2 yang nak booking dulu, dipersilakan dengan segala hormatnya hehehe...

Ok, sekian dulu. Harap maklum.

Sunday, October 6, 2013

Car boot Sale @ Seksyen 5, Bangi

assalamualaikum semua!

fuhhh penat juga hari ni hehe tapi sangat puas hati sambutan hangat yang diterima di car boot sale bangi. terima kasih banyak2 kepada pelanggan yang sebelum ni beli online tiba2 datang ke booth hihi malu pun ada

thanks kepada En Shukri dari UKM siap dating bawa isteri lagi dan shopping batik tidak lupa juga kepada Kak Laila rakan booth yang memberi sedikit sebanyak info kepada saya.

terima kasih juga kepada admin persatuan penduduk Kenangan Muhibbah, Seksyen 5 iaitu Encik Amir dan Encik Aziz.

akhir sekali terima kasihhhhhhhhh kepada semua pelanggan Batik Sutera Cantik. terima kasih atas sokongan anda! 







 

Tuesday, October 1, 2013

Car boot sale on da way!

Assalamualaikum dan salam sejahtera Batik Sutera Cantik Lovers!!!
 
Kenanga Muhibbah
CAR BOOT SALES!!! Poon! Poon!
Tarikh: 6 OKTOBER 2013
Hari: AHAD
Masa: 8 pg - 12.30 tghari
Lokasi: Di penghujung Jalan Seksyen 5 ke Seksyen 4 (Kenanga), BANDAR BARU BANGI
 
Istimewa khusus buat warga Bandar Baru Bangi dan rakan2 di Putrajaya... ;)
Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke mini booth BSC kerana jualan promosi hebat akan diadakan di sana!!!
Anda berpeluang untuk MERASAI sendiri jenis2 kain crepe dan jacqurad yang berkualiti.
Juga terdapat stok baru tiba yang panas2 belum di upload ke fb atau blog :)
Jom kumpul koleksi BATIK SUTERA dengan harga yang 'cun' dan super berbaloi2!!! Jadi jangan lepaskan peluang ini!
 
Eksklusif . Anggun .  Mempesonakan
 
p/s: jom dating ramai2 ya, bawa kawan2 sekali dan juga family. boleh kita kenal2 hehe. zura juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada pelanggan2 yang membuat pesanan, lain kali shopping lagi ya...!