Panduan Menjaga Sutera

Tips menjaga Batik Sutera

~ Mudahnya menjaga Batik Sutera kesayangan anda! ~

Di sini ada beberapa panduan @ extra tips yang berkesan dalam menjaga dan memastikan Batik Sutera yang anda sentiasa cantik, lembut dan berkualiti;

1. Tidak boleh membasuh Batik Sutera dengan mesin basuh

2. Cukup hanya dengan merendam selama 1 jam di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit krim mandian. Penggunaan fabric conditioner @ pelembut fabrik adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menyebabkan Batik Sutera mudah menjadi keras & berkedut.

3. Kemudian bilas dengan air bersih dan terus menjemur di ampaian.

4. Jangan menjemur Batik Sutera dibawah sinaran matahari kerana warna & teksturnya akan lebih mudah terjejas.

5. Gosok Batik Sutera dengan suhu sederhana @ pilih 'silk' pada iron anda. Semburkan dgn air semasa menggosok untuk memudahkan lagi menggosok Batik Sutera.
 
 
FAKTA DAN ELEMEN PENTING DALAM PENJAGAAN BATIK SUTERA ANDA!
 
Yang Perlu Anda Buat:
  1. Direndam di dalam air suam bersuhu 30-50C.
  2. Boleh juga menggunaka syampu bayi (saranan 3 sudu makan : sebaldi air).
  3. Semasa membilas, pastikan pH air berkeadaan asid/alkali (pH 6/8). Ini akan menjadikan sutera anda lebih lembut dan bersinar.
  4. Saranan: campurkan garam dan perahan limau pada bilasan terakhir anda.
  5. Pelembut kain juga boleh digunakan tetapi dalam jangkamasa 10-15 minit sahaja.
  6. Gantungkan jauh dari sinaran terus cahaya matahari.
  7. Panaskan seterika mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera. Kain tidak boleh terlalu kering dan tidak terlalu lembap apabila diseterika.
  8. Petua: Masukkan sutera anda ke dalam peti sejuk 15 minit sebelum diseterika. Hasilnya, menggosok lebih mudah dan kain kekal berseri.
  9. Gantung dengan penyangkut baju dan selubungi dengan pembalut pakaian khas untuk sutera. Ini bagi mengelakkan serangga-serangga yang gemar hinggap pada sutera akan merosakkannya.
Yang Tidak Perlu/Jangan Anda Buat:
  1. Jangan direndam terlalu lama. Maksimum 30 minit sahaja.
  2. Elakkan sama sekali serbuk pencuci.
  3. Elakkan sama sekali penggunaan berus.
  4. Elakkan sama sekali penggunaan agen peluntur. Ini akan mereputkan sutera anda.
  5. Jangan memerah sutera anda. Ini akan merosakkan aluran benangnya.
Pantang:
Fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alcohol. Ini bermakana elakkan menyembur terus minyak wangi ke atas sutera anda! Semburan pewangi beralkohol akan menyebabkan sutera berkedut dan sekali berkedut ia tidak akan kembali ke asal lagi.
 
JENIS-JENIS KAIN BATIK SUTERA
 
Kain benang sutera yang telah wujud di Negara China sejak tiga milinium sebelum Masihi lagi, kini telah pun berada di seluruh pelusuk dunia. Tidak terkecuali Malaysia, terutamanya Terengganu yang terkenal dengan pembuatan halus batik-batik suteranya.
Sutera sebenarnya ialah gentian protein semulajadi yang kemudiannya ditenun menjadi tekstil. Hasil ujikaji dan penemuan-penemuan terbaru telah membawakan kepada kita pelbagai jenis fabrik sutera pada hari ini.
 
Antara fabrik Batik Sutera:
 
~ Kain Sutera Jacquard
Antara jenis sutera yang popular. Sememangnya terkenal dengan kualiti terbaik di dalam industri batik sutera. Menjadi pilihan ramai kerana kainnya yang lembut, sejuk dan selesa dipakai dan kainnya tidak mudah pecah apabila digosok atau dibasuh. Disamping itu harganya juga berpatutan dan mampu milik.
Ditambah pula dengan hasil kerja tangan pencanting batik yang berkemahiran tinggi, maka terhasillah koleksi Sutera Jacquard yang hebat untuk anda!
~ Kain Sutera Crepe
Juga antara yang popular. Kainnya agak nipis tetapi tidaklah senipis chiffon. Bergantung kepada pemakai samada hendak memasang alas baju (lining) atau tidak. Kebiasaannya tidak perlu, memandangkan kainnya yang tidaklah terlalu jarang.
Jenis kain ini sangat lembut dan sejuk dan semestinya juga amat selesa dipakai.
~ Kain Sutera Satin
Antara koleksi kain sutera terbaik. Memiliki kualiti sutera yang sangat tinggi dan amat sedap dipakai. Kain jenis ini nipis, lembut dan halus buatannya justeru itu harganya pun agak tinggi berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, membeli sutera ibarat ‘alah membeli menang memakai’.
~ Kain Sutera Jacquard-Chiffon
Rekaan terkini di dalam industri batik sutera. Namun begitu kain chiffon nipis maka perlulah dibuat alas baju (lining).
Biasanya gabungan kain ini dijadikan dalam bentuk 2 meter sutera jacquard yang selalunya dijadikan kain dan 2 meter lagi dari jenis chiffon untuk baju.
WALAU APA JENIS KAIN SEKALIPUN, JAMINAN HANYA YANG TERBAIK DARI BATIK SUTERA CANTIK UNTUK SEMUA.

No comments:

Post a Comment