Monday, April 15, 2013

Pstttt!

Assalamualaikum semua! Apa khabar?

Wahhhh, lamanya tak update dan berceloteh di blog ni. Macam-macam benda kena buat. Rasanya bulan ini paling sibuk sikit. Tambahan pula ada pelanggan yang minta buat tempahan tampalan batu pada kain jadi sekarang ni dah tak larat nak ambil tempahan lagi.
 
Melayan pelanggan2 pada bulan ni sungguh mencabar mental huhuhu. Macam2 ragam you! Ada yang senang tu senanglah. Simple je. Sms Tanya kod ada lagi ke tak? Kalau ada terus bagi diskaun dan terus order dan bagi no akaun semua. Senang. Sangat bagus tahap A+++ kalau dapat pelanggan macam ni tau!
 
Tapi time dapat pelanggan yang cerewet tahap gaban pon ado! sms bukan main bertalu-talu, yang cancel tak usah cakap lah hehe tapi yang dah bank in pun masih lagi Tanya 2-3 kali bila nak diposkan kainnya. Ya, saya tahu anda mesti bimbang kan? TETAPI, ingin zura tegaskan di sini KEPERCAYAAN ANDA ADALAH SEGALA2NYA...
 
Apapun, ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua pelanggan2 sekalian kerana sentiasa memberi sokongan dengan bershopping di sini mahupun di facebook. Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan memperbaiki kekurangan yang ada.
 
semoga berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment