Tuesday, August 19, 2014

Selamat pagi!

MENCARI KEBERKATAN ADALAH KEWAJIPAN

Keberkatan dalam urus niaga.

MUSlim yang berniaga hendaklah meletakkan dalam diri bahawa objektif perniagaan yang diusahakan itu adalah untuk menjadikan hidupnya, keluarga dan umat islam mulia. Ini dapat dilakukan dengan mengeluarkan zakat untuk membantu meringankan kesusahan umat Islam dan menyediakan peluang pekerjaan pada mereka.
Keberkatan dalam perniagaan diperoleh bila adanya kejujuran dan mengutamakan hak-hak ALLAH SWT.

Ingatlah selalu firman-Nya dalam surah al-Nur ayat ke-37 yang bermaksud:
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual-beli daripada menyebut serta mengingati ALLAH, dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Menurut para ulama tafsir contohnya Ibn Kathir dalam tafsirnya, golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para peniaga yang sentiasa menjaga amal ibadah mereka.

oleh Dr. Zahazan Mohamed.

No comments:

Post a Comment