Sunday, September 8, 2013

Kesyukuran

Assalamualaikum semua...
 
Pergi mana hari ini? Mesti keluar window shopping dengan keluarga kan? Yalah sekali-sekala ambil angin dekat luar dengan anak-anak dan suami mesti seronok. Saya pun hari ini keluar juga ke JUSCO sekejap bawa anak-anak bersama suami.
 
Alhamdullilah, hari minggu macam ini pun dapat banyak mesej di telefon juga fb bertanyakan batik sutera yang masih ada. Terima kasih semua. Kebanyakkannya pelanggan-pelanggan yang baru belum pernah membeli di sini. Pelanggan setia pun apa kurangnya. Ada saja yang ingin cari batik untuk dibuat buah tangan sebagai hadiah kepada ibu sendiri @ ibu mertua masing-masing. Untuk bakal-bakal Raja Sehari pun ada yang ingin menjadikan batik sutera sebagai salah satu hantaran mereka. Alhamdullilah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mempromosikan Batik Sutera Cantik!
 
Walaupun harga minyak naik, tetapi sambutan peminat-peminat tetap tidak berkurangan. Harga batik memang sentiasa akan naik dari tahun ke tahun tetapi zura cuba bagi harga yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. Diskaun yang istimewa tetap ada. Jadi jangan risau. Harga yang mahal amat-amat berpatutan dengan kualiti kain dan susunan permata yang rapi dan cantik. Siapa yang pernah membelinya pasti tidak akan menyesal percayalah!
 
Oklah, sekian dulu untuk hari ini. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh sms segera zura ya 017-9842138. Ampun maaf dipinta sekiranya terdapat kesilapan.
 
Bye,
Baizura Yusoff

 

No comments:

Post a Comment