Tuesday, September 10, 2013

Usaha keras hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
 
Syukur alhamdullilah masih dapat meneruskan tugas-tugas seharian dengan baik hari ini. Terima Kasih Allah!
 
Ramai yang Tanya ada lagi ke stok baru yang akan muncul? Hehehe insyaAllah ada tapi mungkin lambat lagi nak masukkan stok. Sebabnya nak habiskan stok yang sedia ada dulu. Banyak lagi yang cantik-cantik tu.
 
Oh ya ingin saya tekankan di sini bahawa kain akan dipos bila bayaran penuh dibuat. Sebab semalam ada yang sms Tanya kalau bayar RM150 boleh dapat kain minggu ini ke? Maaflah cik/puan, saya akan poslaju kain kalau bayaran penuh diterima sahaja. Harap pelanggan-pelanggan semua FAHAM syarat ini dibuat untuk mengelakkan terjadinya kes penipuan di kalangan 'customer'. Bayar separuh, dapat kain terus lesap dan bakinya tertunggak macam itu saja.
 
Apapun, semua pelanggan-pelanggan saya baik-baik belaka dan bertimbang-rasa semuanya. Seronok dapat kenal kalian! Setakat ini pelanggan-pelanggan saya semua baik hati dan boleh bertolak-ansur. Mudah kerja kita kan. Hehehe ;)
 
 

No comments:

Post a Comment