Wednesday, September 11, 2013

Selamat petang!


Exclusive diamond

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Berminat dengan item2 di bawah? RM330 sepasang, lepas diskaun RM300. Sebabnya yang ini ada diamond di bahagian hadapan baju dan kedua2 lengan. Sebab itu mahal. Free poslaju lagi. Sangat berbaloi-baloi dengan kualiti dan diamond yang sarat dan tersusun rapi. Belum cuba belum tahu. Dah cuba insyaAllah puas hati ;)
 
Sekiranya nak buat pesanan bolehlah sms @ whatsapp zura ya
017-9842138
 
Terima kasih!
 


Jom zikir

Selamat istirehat semua...
 

Tuesday, September 10, 2013

Usaha keras hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
 
Syukur alhamdullilah masih dapat meneruskan tugas-tugas seharian dengan baik hari ini. Terima Kasih Allah!
 
Ramai yang Tanya ada lagi ke stok baru yang akan muncul? Hehehe insyaAllah ada tapi mungkin lambat lagi nak masukkan stok. Sebabnya nak habiskan stok yang sedia ada dulu. Banyak lagi yang cantik-cantik tu.
 
Oh ya ingin saya tekankan di sini bahawa kain akan dipos bila bayaran penuh dibuat. Sebab semalam ada yang sms Tanya kalau bayar RM150 boleh dapat kain minggu ini ke? Maaflah cik/puan, saya akan poslaju kain kalau bayaran penuh diterima sahaja. Harap pelanggan-pelanggan semua FAHAM syarat ini dibuat untuk mengelakkan terjadinya kes penipuan di kalangan 'customer'. Bayar separuh, dapat kain terus lesap dan bakinya tertunggak macam itu saja.
 
Apapun, semua pelanggan-pelanggan saya baik-baik belaka dan bertimbang-rasa semuanya. Seronok dapat kenal kalian! Setakat ini pelanggan-pelanggan saya semua baik hati dan boleh bertolak-ansur. Mudah kerja kita kan. Hehehe ;)
 
 

Sunday, September 8, 2013

Kesyukuran

Assalamualaikum semua...
 
Pergi mana hari ini? Mesti keluar window shopping dengan keluarga kan? Yalah sekali-sekala ambil angin dekat luar dengan anak-anak dan suami mesti seronok. Saya pun hari ini keluar juga ke JUSCO sekejap bawa anak-anak bersama suami.
 
Alhamdullilah, hari minggu macam ini pun dapat banyak mesej di telefon juga fb bertanyakan batik sutera yang masih ada. Terima kasih semua. Kebanyakkannya pelanggan-pelanggan yang baru belum pernah membeli di sini. Pelanggan setia pun apa kurangnya. Ada saja yang ingin cari batik untuk dibuat buah tangan sebagai hadiah kepada ibu sendiri @ ibu mertua masing-masing. Untuk bakal-bakal Raja Sehari pun ada yang ingin menjadikan batik sutera sebagai salah satu hantaran mereka. Alhamdullilah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mempromosikan Batik Sutera Cantik!
 
Walaupun harga minyak naik, tetapi sambutan peminat-peminat tetap tidak berkurangan. Harga batik memang sentiasa akan naik dari tahun ke tahun tetapi zura cuba bagi harga yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. Diskaun yang istimewa tetap ada. Jadi jangan risau. Harga yang mahal amat-amat berpatutan dengan kualiti kain dan susunan permata yang rapi dan cantik. Siapa yang pernah membelinya pasti tidak akan menyesal percayalah!
 
Oklah, sekian dulu untuk hari ini. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh sms segera zura ya 017-9842138. Ampun maaf dipinta sekiranya terdapat kesilapan.
 
Bye,
Baizura Yusoff

 

Wednesday, September 4, 2013